Powered By Blogger

Wednesday, 8 March 2017

Ada masa yg aku rasa diri ini tidak dihargai langsung sebagai isteri. Setiap hari aku mengukir senyum di bibirku tp hujan air mata di hatiku. Wahai suamiku yg sgt ku kasihi bagaimana kau tidak dpt melihat keresahanku setiap kali kau lewat pulang ke rumah. Pd mu aku cemburu. Ya...mmg aku cemburu dgn masa yg kau habiskan di luar bersama kwn2 mu dikilang. Sedangkan aku menunggumu di rumah tanpa sepatah perkataan darimu ttg kelewatanmu. Mungkin benar kata hatiku bahawa kau tidak lg selesa berada dekat aku. Namun aku akan tetap mengharap dari Allah agar aku tetap dapat bersabar sehingga kau benar2 tidak lg memerlukan aku di sisimu sebagai isteri lagi. Saat itu aku akan membiarkanmu dengan siapa yang kau kasihi. Aku akan berlalu dari sisimu wahai suamiku agar kau dapat kebahagiaan yang tidak kau temui bersamaku. Jelas benar perubahan pada dirimu. Tiada lagi kata ucapan sayang untukku. Tiada lg belaian mesra apalagi sinar mata gembira bila kita menghabiskan masa bersama. Aku sudah terlalu lama menderita wahai suamiku....tabiatmu yg suka menambah wanita di hatimu membuat hatiku hancur luluh sehingga kini hatiku kosong tandus mengharap kasih sayang dan cintamu yg terlalu murah untuk orang lain...tetapi bukan lagi untukku. Aku benar2 memerlukan kasih sayang dari insan yang ku panggil suami ...
Ya Allah ...beri aku kekuatan untuk bertahan...

No comments:

Post a Comment