Powered By Blogger

Thursday, 25 February 2016

ANAK2KU KESAYANGANKU

Sejak kebelakangan ni aku selalu terbaca cerita tentanga anak- anak yang ditinggalkan oleh parent. Sometimes bkn sbb parent bercerai tp ada juga sbb parent yang meninggal dunia. Semalam aku tgk satu video tentang seornag budak lelaki yang ditinggalkan di satu pusat Serenti. Alhamdulillah dia membesar dgn kasih sayang seorang insan yg prihatin.Namun itu masih tidak cukup bg Hakimi{nama budak tu}. Dia selalu mengangankan kasih sayang seorang IBU.Dia selalu bertanya kenapa dia tiada ibu.Apa kesalahanya orang lain ada ibu tapi dia tidak pernah melihat wajah ibu.Dalam angannya ibunya adalah yang terbaik.Pada Hakimi ibunya sangat sayang padanya.Sampai takat itu airmataku sudah deras mengalir.
Aku teringatkan anak2 yang masih kecil esp yang bongsu. Usianya baru lapan tahun namun sudah mahu belajar berdikari. Setiap malam dia akan iron bajunya sendiri. Kalau ada homework aku tak perlu remind dia akan buat sendiri. Masa menghafal quran walau disuruh ulang banyak kali pun dia tetap akan baca. Dia tak macam abangnya yang menangis bila disuruh baca lebih 3 kali.Aku terfikir andai takdir hayatku tak panjang dan aku dipanggil mengadap Ilahi. Adakah dia akan menyalahkan aku tiada disisinya untuk menjaganya.
Betapa aku sangat bertuah kerana masih punya ibu walau usiaku sudah hampir separuh abad.
Aku kehilangan ayahku sewaktu usia lewat 30an.Ada anak2ku yang tidak mengigati arwah datuk mereka kerana usia mereka masih terlalu muda. Aku rasa faktor masa juga memainkan peranan untuk kita melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita.Namun aku masih sebak setiap kali aku lihat lelaki tua yang keseorangan.Ayahku seorang yang tiadak banyak biacara dan aku selalu tidak sehaluan dengannya.Cuma selepas aku menjalani kehidupan yang tidak seperti yang aku rancang baru terfikir apa yang ayahku nasihatkan masa aku masih belajar dulu ada baiknya. Huh...itulah sesalanku.Masa tiadak pernah kejam tapi manusia yang leka membiarkannya belalu tanpa apa2.
Harapanku moga aku dapat membimbing anak2ku supaya merka berjaya dalam hidup mereka dan tidak melalui penghidupan yang aku lalui.Untuk anak2ku semua.....mama sangat memyayangi kamu semua. Mama sentiasa doakan kalian diberi yang terbaik oleh Allah.

No comments:

Post a Comment